Streamyx adalah sambungan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan sentiasa tersambung dengan kelajuan dari 384Kbps hingga 4.0Mbps yang menawarkan penyambungan tanpa had yang kos efektif pada kadar bulanan rata. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kesukaran mengakses ke Internet, masalahnya mungkin mudah sahaja dan boleh diselesaikan sendiri.
Semak senarai pemeriksaan sambungan Streamyx ini sebelum anda menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di 100 untuk mendapatkan bantuan
- Pastikan talian telefon anda mempunyai nada dail. Periksa samada kabel telefon
disambung dengan baik.
- Pastikan telefon anda berfungsi dengan baik dan sama ada anda boleh membuat dan menerima panggilan.
- Pastikan baki akaun anda dikemaskini dan tiada sebarang "Notis Peringatan FA" mengenai tunggakan pembayaran dalam bil terkini anda. Sekiranya ada, akaun anda mungkin digantung disebabkan tunggakan bil. Sila jelaskan tunggakan bil di TMpoint berhampiran untuk pengaktifan semula perkhidmatan.
- Periksa modem anda:
- Pastikan modem anda dipasang.
- Lampu "DSL" sepatutnya menyala dengan stabil dan tidak berkelip-kelip
- Lampu "LAN" pada modem menyala. Jika tidak, anda mungkin perlu menggantikan Kad Antara Muka Rangkaian (NIC) atau Kad Sambungan LAN.
- Jika anda masih tidak dapat mengakses Internet, cuba sambungkan modem anda secara terus ke soket dinding tanpa melalui splitter, penapis mikro, router atau sebarang peralatan lain. Jika lampu "DSL" menyala dengan stabil, masalahnya mungkin disebabkan oleh pendawaian dalaman kediaman anda yang disambungkan ke komputer.
Bila anda perlu membuat panggilan untuk bantuan selanjutnya
Jika tiada nada dail pada talian telefon anda.
- Jika lampu "DSL" modem anda tidak menyala atau berkelip-kelip. Catatkan nombor ralat atau mesej yang dipaparkan pada skrin komputer anda, jika ada.
- Sekiranya lampu "DSL" pada modem anda stabil tetapi masih tiada sambungan ke Internet.