TIPS MUDAH STREAMYX
Gaya hidup digital hari ini memerlukan sambungan internet yang pantas dan lancar walau di mana anda berada. Justeru, ianya sangat penting buat kami untuk memenuhi keperluan anda bagi memastikan anda mendapat pengalaman melayari internet yang terbaik.
Keberkesanan kelengkapan anda dapat membantu dalam memastikan sambungan internet tidak terganggu. Oleh itu, adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa Kelengkapan Premis Pelanggan (CPE) anda bersesuaian dengan sistem internet TM.
Semak beberapa tips di bawah bagi menikmati perkhidmatan Streamyx yang memuaskan:
- Pastikan modem ADSL berada dalam keadaan yang baik
- Pastikan semua CPE yang disambungkan pada telefon dan sistem internet bersesuaian dengan sistem internet TM.
- Senaraikan bantuan profesional bagi mengkonfigurasi router ADSL anda untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan rangkaian
- Pastikan pendawaian dalaman, telefon dan kabel internet disambung dengan betul
- Pastikan perkakasan komputer dan perisian anda dikonfigurasi dengan betul
- Pastikan kelengkapan CPE yang lain seperti sistem penggera, router, mesin faksimili dan hub diselenggara dengan baik.
- Gunakan perisian yang tulen bagi mengelakkan CPE anda daripada sebarang kandungan internet yang membahayakan.
Sekiranya anda masih menghadapi masalah, hubungi TM di talian 100 dan pilih Perkhidmatan Internet' untuk membuat laporan.