Selasa, 03 Mac, 2009
CARA MUDAH MENANGANI MASALAH BERKAITAN MESEJ RALAT STREAMYX

Layari Secara Bijak dengan Streamyx

Cara mudah menangani masalah berkaitan mesej ralat Streamyx

Tip-tip bagi membantu anda menyelesaikan masalah biasa berkaitan mesej ralat Streamyx

  1. Ralat 678 - Destinasi yang dihubungi tidak memberi maklumbalas

    Kemungkinan punca masalah: Sambungan terputus, kerosakan pada modem, kad rangkaian atau splitter

    Penyelesaian:
    • Jika lampu Link/DSL pada modem anda berkelip, padamkan modem dan hidupkannya semula. Sambungkan modem anda ke soket dinding, tanpa melalui splitter. Alternatifnya, cuba gunakan kabel telefon RJ11 yang lain.
    • Jika lampu Link/DSL pada modem anda menyala, cuba pasangkan semula pendial yang sedia ada.
    • Jika lampu LAN/ETH pada modem anda terpadam, cuba pasangkan semula perisian atau pemacu kad rangkaian anda. Pastikan kabel rangkaian RJ45 disambungkan dengan betul ke modem dan PC. Cuba periksa sama ada anda memerlukan kabel rangkaian RJ45 yang lain.

  2. Ralat 691 - ID log masuk atau kata laluan yang tidak sah
  3. Kemungkinan punca masalah: Kesilapan menaip ID log masuk atau kata laluan

    Penyelesaian:
    • Pastikan anda menaip ID log masuk mengikut format ini: loginID@streamyx (eg. Abc7@streamyx)
    • ID log masuk anda adalah sensitif kepada huruf besar atau kecil.
    • Pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah betul.
    • Hanya satu sesi log masuk dibenarkan pada satu-satu masa.

  4. Ralat 769 - Destinasi yang diingini tidak dapat disambungkan (Windows XP)
  5. Kemungkinan punca masalah: Kabel rangkaian tidak bersambung, kad rangkaian atau pemacu rangkaian telah rosak

    Penyelesaian:
    • Periksa jika modem dan kad rangkaian anda disambungkan dengan betul.
    • Sebagai alternatif, cuba gantikan kabel rangkaian RJ45.
    • Pastikan kad rangkaian anda ditetapkan untuk berfungsi.
    • Cuba pasangkan semula pemacu rangkaian anda menggunakan fungsi Device Manager.
      • Klik 'Start', pilih 'Run' dan taipkan sysdm.cpl kemudian klik 'OK'.
      • Klik pada tab 'Hardware', klik tab 'Device Manager', kemudian cari 'Network Adapters'.
      • Klik pada 'Network Adapters' untuk menyenaraikan semua penyesuai rangkaian, kemudian klik kanan pada ikon penyesuai rangkaian anda.
      • Klik 'Uninstall', kemudian klik 'OK'. Klik 'Yes' pada kotak dialog yang mengarahkan anda untuk membuang fail yang berkaitan dengan peranti ini.
      • Hidupkan semula komputer atau klik 'Action', kemudian klik pula 'Scan for Hardware changes'.
    • Jika Windows mengesan peranti itu tetapi gagal mengenalinya, anda perlu memasang pemacu terkini untuk penyesuaian rangkaian.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah, hubungi TM di talian 100 dan pilih Perkhidmatan Internet' untuk membuat laporan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Streamyx, hubungi 100 atau layari www.tm.com.my

Jawab beberapa soalan mudah secara online disini!
Untuk maklumat lanjut mengenai Streamyx:
Hubungi 100 | Klik www.streamyx.com.my
[ back ]
 
           
     
Hypp.tv MyBizPoint UniFi
Copyright Telekom Malaysia Berhad © 2010