Lampu penunjuk DSL yang berkelip pada modem anda mungkin menandakan kerosakan modem, splitter atau kehilangan sambungan ke perkhidmatan Streamyx.
Ikuti tip-tip mudah berikut bagi membantu anda mendapatkan semula sambungan ke Internet.

Bil TM Tertunggak
- Pastikan anda telah menjelaskan bil TM anda bagi memastikan akaun anda tidak dibekukan.
- Jika akaun anda dibekukan, sila aktifkan semula dengan membayar baki tertunggak anda di cawangan TMpoint yang berhampiran.
Modem
- Pastikan modem anda berfungsi dengan baik.
- Cuba hidupkan semula modem anda dengan cara memadam dan mencabutkannya daripada sumber kuasa, dan kemudian menghidupkannya semula.
Splitter / Mikrofilter
- Kadangkala, modem anda tidak dapat disambungkan ke perkhidmatan Streamyx kerana gangguan pada talian telefon. Bagi menyelesaikan masalah ini, pastikan semua kabel telefon dipasang dengan splitter.
- Jika kabel anda telah pun dipasangkan dengan splitter sebelum ini, cuba gantikannya dengan splitter yang baru.
- Sebagai alternatif, cuba tanggalkan splitter dan sambungkan modem anda secara terus ke soket dinding telefon (tanpa telefon).
Soket Dinding Telefon
- Modem anda mungkin disambungkan dengan soket dinding yang terletak terlalu jauh dari poin penamat atau kotak telefon yang terletak di luar rumah.
- Cuba sambungkan semula modem ke soket dinding yang lain. Jika anda berjaya membuat sambungan ke Streamyx menggunakan soket yang lain, anda mungkin perlu memeriksa dan menggantikan pendawaian dalaman rumah atau splitter anda.
Jika masalah masih berterusan, dail 100 dan pilih ‘Perkhidmatan Internet’ untuk mendapatkan bantuan.