
Lampu LAN akan berkelip ketika komputer anda sedang menghantar atau menerima data. Untuk sesetengah modem, lampu tersebut dilabel “PC/Ethernet”.
Lampu menjadi pegun apabila tiada data diproses. Jika lampu LAN tidak menyala, cuba kaedah-kaedah berikut:
Pasang semula Kabel Ethernet
Cuba pasang semula kabel Ethernet RJ45 yang menyambungkan modem dengan komputer anda. Ianya patut disambungkan ke port LAN di belakang modem dan panel belakang PC anda. Bunyi 'klik' akan terhasil apabila kabel disambungkan dengan betul.
Gantikan Kabel Ethernet
Cuba gantikan kabel RJ45 anda yang sedia ada kepada kabel yang baru kerana ada kemungkinan ianya rosak.
Abaikan 'Network Device' yang lain di antara PC dan Modem
Sebagai alternatif, sambungkan terus modem dengan PC dan abaikan 'Network Device' yang lain yang berada di antaranya. Ini akan membantu anda mengenal pasti peranti manakah yang menjadi punca masalah.
Mulakan Semula Modem
Matikan dan hidupkan semula modem dan cuba lagi. Jika lampu LAN masih tidak menyala, gunakan modem lain atau modem gantian jika ada.
Periksa 'Network Interface Card' (NIC) anda
Bagi mengenal pasti kerosakan pada NIC, cuba jalankan ujian berikut:
Jika masalah masih berterusan, dail 100 dan pilih 'Perkhidmatan Internet' untuk bantuan selanjutnya.